Rabu, 27 Juni 2012

Tenis Wimbledon: Wozniacki, Li Na terkandas

LONDON: Pemain Austria, Tamira Paszek melakukan kejutan apabila menyingkirkan bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia, Caroline Wozniacki pada pusingan awal Kejohanan Tenis Wimbledon, awal pagi tadi.

Bermain di gelanggang berbumbung Centre Court, pemain Austria berusia 21 tahun itu meneruskan kecemerlangan selepas menggondol trofi pertama gelanggang rumput di Eastbourne, minggu lalu.
Meskipun diheret dalam permainan tiga set, Paszek akhirnya menang dalam perlawanan yang berlarutan tiga jam itu dengan 5-7, 7-6 (7/4), 6-4.
“Saya berada di sini dengan rentak permainan sama selepas beraksi di Eastbourne, tetapi perlawanan hari ini sememangnya amat sukar," kata Paszek yang kini berada di ranking ke-35 dunia.

Nasib yang sama menimpa pemain nombor satu China, Li Na yang turut tersingkir pada pusingan kedua kepada pemain Romania, Sorana Cirstea.

Pemain pilihan ke-11 itu tewas 6-3, 6-4 dalam permainan satu jam 33 minit.

Cirstea akan berdepan pemain pilihan ke-17 dari Russia, Maria Kirilenko bagi penentuan 16 pemain terakhir. - AFP
Google Ads

 
About - Contact Us - Sitemap - Disclaimer - Privacy Policy
Back To Top