Minggu, 24 Juni 2012

Anwar elak jawab Ummi


Wanita misteri
IPOH 23 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak untuk menjawab dakwaan Ummi Hafilda Ali mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion.
Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? Tiada standard".
Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan nada sedikit berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan.
"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini hari ini.
Khamis lalu, Ummi Hafilda mendedahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung identiti seorang wanita misteri yang memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang.
Pendedahan itu dibuat semasa disiasat kira-kira lima jam oleh SPRM di ibu negara kelmarin bagi mengemukakan bukti baru berkaitan tuduhan Anwar mengawal 20 akaun induk oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid.
Google Ads

 
About - Contact Us - Sitemap - Disclaimer - Privacy Policy
Back To Top