Ada keluarga bahagia dan kerjaya seni yang agak mantap, maklumlah sudah lama dalam bidang ini.
Cuma tak sedapnya apabila ada orang yang boleh dikatakan terbabit dengannya dalam arena sama, menyampaikan sisi kehidupannya tidaklah seindah disangka ramai.
Akuinya sambil berbisik, si dia yang dimaksudkan ini punya hutang keliling pinggang dek kerana masalah perniagaan. Sampaikan along juga sibuk ke hulu ke hilir mencarinya.
Eh, dua tiga kali juga Cik Normah bertanya, benarkah insan yang Cik Normah kenali itu yang dimaksudkan. Ini kerana macam Cik Normah katakan tadi, orangnya sangat sempoi. Masih muda pula tu, takkan sanggup diri dihambat masalah sebegitu.
Tapi Cik Normah harap perkara ini sekadar khabar angin. Mana tidaknya, dalam dunia hiburan serba mencabar ini masih ada pihak cuba menangguk di air keruh dan tidak suka orang lain hidup senang, tambahan pula membabitkan nama popular.
Mungkin ada yang sengaja ingin menokok tambah biar cerita jadi lebih sedap. Cik Normah yakin insan yang diperkatakan ini tidak sampai terdesak begitu.
