BAMAKO: Kumpulan pejuang Islam mendakwa mereka kini menguasai pekan utama Gao di Mali selepas berlaku pertempuran sengit di kawasan utara negara itu dengan pemberontak Tuareg yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh.
Kumpulan Movement for Oneness and Jihad West Africa (MUJAO) dan Tuareg National Movement for the Liberation of Azawad (MNLA) melancarkan serangan awal semalam selepas kedua-dua kumpulan bersenjata ini ingin menguasai pekan berkenaan sejak Mac lalu.
Jurucakap MUJAO, Adnan Abou Walid Sahraoui berkata, pihaknya berjaya mengambil alih istana gabenor dan kediaman Ketua Setiausaha MNLA, Bilal Ag Cherif yang melarikan diri dengan askarnya. Beliau juga mendakwa hampir 40 anggota MNLA kini dalam tawanan mereka.
Istana gebenor berkenaan digunakan pemberontak Tuareg sebagai ibu pejabat mereka.
Seorang wartawan tempatan memberitahu beliau melihat 11 pemberontak Tuareg terbaring selepas ditembak mati di pimggir bandar Djoulabougou. - AFP