Rabu, 20 Juni 2012

Anwar Didesak Jawab Pendedahan Abdul Murad


Anwar didesak jawab pendedahan Abdul Murad : Isu terbaru Anwar Ibrahim didesak jawab pendedahan Abdul Murad bekas gabenor bank negara itu.
Anwar Didesak Jawab Pendedahan Abdul Murad



Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjawab segera pendedahan yang telah dibuat Datuk Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor Bank Negara) yang mendakwa beliau telah mengawal 20 akaun induk yang terkandung aset, saham dan wang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Dr Puad Zarkashi (Ahli Majlis Tertinggi UMNO), berkata Penasihat PKR itu masih berdiam diri berhubung pendedahan itu, malah Anwar Ibrahim tidak membuat laporan polis atau mengambil tindakan mahkamah terhadap Abdul Murad atas pendedahan itu sekiranya ia ingin didakwa sebagai fitnah.
“Anwar pula berdiam diri sehingga hari ini, sebab itu pada pendapat saya Anwar wajib pulangkan balik wang RM3 bilion tersebut kepada rakyat. Ini kerana saya tidak fikir ketika itu Anwar mampu memiliki wang sedemikian banyak,” jelasnya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran semasa ditemui di lobi Parlimen – BERITA HARIAN.
Google Ads

 
About - Contact Us - Sitemap - Disclaimer - Privacy Policy
Back To Top