Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010. Keempat-empat mereka sebelum ini pernah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.
Selain Apek, Shah Zainatull yang merupakan pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shaiful Baharom dan Noremy yang merupakan pekerja sambilan kru produksi syarikat milik Apek itu turut dituduh di atas kesalahan yang sama.
Walaubagaimanapun, hari ini Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengambil keputusan untuk membebaskan mereka. Menerusi laporan Berita Harian, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29.
Oleh itu selesailah sudah kes yang melerat sekian lama ini. Kepada yang terlibat, ambillah ini sebagai pengajaran.
OHARTIS: DIBEBASKAN DARI TUDUHAN, MAKNANYA NAMA APEK BERSIH KEMBALI. AMBIL INI SEBAGAI SATU HIKMAH.
