Kamis, 13 September 2012

Betul ke Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain sah letak jawatan

 



 Cantikkan bila Nurul ni bertudung, kan manis nampak... comel... bolehlah berniaga promote tudungb sendiri,pasti laku, hehehe bergurau jer.. tahniah saya ucapkan kerana bertudung, sejuk hati mak ayah tengok.

sumber

Keputusan personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (28) untuk meletak jawatan sememangnya menjadi tanda tanya ramai orang. Ada yang berteka-teki kecil kerana kes baru-baru ini ketika Jom Heboh di Sarawak berkenaan isu Bintulu ‘daif’. Tidak kurang juga kata-kata peletakkan jawatannya kerana imej terbarunya yang sudah bertudung.
Apapun, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin ketika dihubungi menyatakan bahawa peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab.
Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam. Nurul Syuhada Nurul Ain dalam temubual lain bersama media mengakui yang beliau sudah pun melepaskan jawatan tetap di TV3 sebulan yang lalu & kini bekerja secara sambilan.
“Suami saya pun ada meminta supaya saya kurangkan aktiviti yang melibatkan kerja saya sebagai wartawan sepenuh masa seperti sebelum ini,” ujar Nurul Syuhada.
Tiada lagi kelibat manis Nurul Syuhada Nurul Ain dalam Majalah 3 selepas ini. Nurul juga memberitahu, selepas 6 tahun berkhidmat dengan TV3, ini juga adalah masa yang amat sesuai untuk beliau meninggalkan hal kerja yang memerlukan komitmen yang teramat tinggi dan telah tiba masanya untuk memberi fokus kepada keluarga. Nurul juga menyatakan yang beliau kini telah bersiap-sedia untuk menimang cahaya mata.
All the best untuk anda. Semua doakan yang terbaik untuk anda.
Google Ads

 
About - Contact Us - Sitemap - Disclaimer - Privacy Policy
Back To Top